Aksi kejar mengejar, polis tahan 3 suspek kes pecah tadika di Sungai Siput
Oleh Rosdalilah Zahari
SUNGAI SIPUT – Polis berjaya menahan tiga suspek kes pecah tadika, selepas berlaku aksi kejar mengejar di kawasan Taman Tun Sambanthan, di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata ketiga-tiga lelaki yang ditahan berusia antara 20 hingga 29 tahun.
“Kita turut merampas barang kes iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira, barang-barang elektrik dan peralatan disyaki digunakan semasa kejadian kes pecah tadika.
“Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat ini.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat yang telah disalurkan oleh
orang awam melalui hotline Pusat Kawalan Daerah (DCC) serta tindakan pantas pihak polis dari unit kereta peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.
“Justeru, masyarakat dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulas| yang boleh mengganggu siasatan,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 44 saat memaparkan adegan kejar mengejar polis dan suspek di kawasan Taman Tun sambanthan, di sini.
#PerakKini #PDRM #pecahtadika #ditahan #SungaiSiput #RBZ