PENGUATKUASAAN LARANGAN PEMANDUAN KENDERAAN BARANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024
IPOH – Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Datuk Lokman Jamaan hadir bersama Operasi Bersepadu Motosikal Hari Raya Aidilfitri 2024 di Bandar Meru Raya petang tadi.
Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan sepenuhnya pemanduan larangan barangan mulai jam 12.01 malam ini bagi tempoh 8 – 9 April dan 13 – 14 April iaitu 2 hari sebelum dan 2 hari selepas sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 dalam usaha JPJ meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalanraya.
i
Butiran perintah larangan pemanduan kenderaan tersebut adalah seperti jadual berikut :-
1) Kategori 1 (larangan pergerakan sepanjang masa)
2) Kategori 2 (larangan pergerakan 12.00am-8.00am)
3) Kategori 3 (larangan pergerakan 6.00pm-6.00am) Dalam jarak 25km dari tapak pembinaan tertakluk masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.
Aduan secara terus atau’real time’ dengan menggunakan Aplikasi My JPJ e-aduan@jpj atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan. “Pandu Cermat, Sampai Selamat ke Destinasi”.
Disediakan oleh Azizi Latif