14 BAHAGIAN BERSATU PERAK DESAK PRESIDEN UNDUR DIRI

IPOH – Sebanyak 14 daripada 24 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu ) Perak hadir mendesak Presiden menangani isu pemecatan ahli parti bertempat di Hotel Travelodge pada petang semalam.
Antara bahagian Bersatu Perak yang hadir adalah Tanjung Malim, Pasir Salak, Teluk Intan , Tapah, Kampar, Gopeng, Parit, Beruas, Ipoh Timur, Padang Rengas, Larut, Gerik, Bukit Gantang serta Bagan Serai.
Menurut jurucakap kepada 14 bahagian tersebut yang diwakili oleh Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ketua Bahagian Pasir Salak menjelaskan desakan supaya Presiden mengambil tanggungjawab demi masa depan parti.
” Permintaan ini dibuat kerana kegagalan Tan Sri Presiden menangani isu kemelut dalaman yang melanda parti ketika ini.
” Perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan segera jika dikawal pada peringkat awal “, ujarnya kepada Perak Kini.


