Acara ‘Thai Hot Guy’ batal, pihak terlibat mohon maaf

Oleh Rosdalilah Zahari

SEBUAH kelab di Kuala Lumpur yang tular di media sosial akan menampilkan ‘Thai Hot Guy’ sempena pembukaannya memohon maaf dan membatalkan penganjuran program itu yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan rasmi oleh kelab berkenaan pada Rabu.

Kenyataan rasmi itu turut memaklumkan bahawa kelab tersebut menghormati sensitiviti agama negara ini dan tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Katanya, semua sebarang media berkenaan program itu adalah tanpa persetujuan mereka dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Justeru, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitak yang berlaku dan atas dasar menghormati sensitiviti kaum dan agama, program itu dibatalkan.

Sebelum ini timbul kontroversi berkaitan satu acara hiburan menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita dikenali sebagai ‘Thai Hot Guy’, bakal dianjurkan di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selepas program itu disebarkan di beberapa platform media sosial ia mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak yang mendesak supaya dibatalkan.

#PerakKini #ThaiHotGuy #Batal #KualaLumpur #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *