Mantan PM Rahman, Razak, Hussein, Razak jadi nama rumah sukan

Mazlan ketika memeriksa perbarisan pelajar mewakili rumah biru (Rahman) pada Kejohanan Olahraga Kali Ke-19 SMKTR di sini, pada Sabtu.

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Demi menarik minat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Rambutan (SMKTR) mendalami sejarah negara, sekolah itu menggunakan nama-nama mantan Perdana Menteri Malaysia sebagai inspirasi rumah sukan masing-masing.

Rumah-rumah sukan itu adalah rumah biru (Rahman), rumah kuning (Razak), rumah merah (Hussein) dan rumah hijau (Mahathir).

Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata idea yang digunakan sekolah berkenaan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingati mantan Perdana Menteri di negara ini.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan usaha sekolah dalam memartabatkan sejarah Malaysia untuk pengetahuan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Perak Kini selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Kali Ke-19 SMKTR di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengetua SMKTR, Mohamat Adek Abdul Rahman dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTR, Ayob Zenal.

SMKTR mempunyai 683 pelajar bermula dari kelas peralihan sehingga ke tingkatan lima namun hanya 333 pelajar menyertai kejohanan olahraga pada hari ini.

#PerakKini #SMKTR #MBI #TanjungRambutan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *