Pengguna ceroboh Jalan Meru Raya – Klebang yang belum dibuka, undang bahaya

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengubah penghadang yang diletakkan di Jalan Meru Raya – Klebang serta menggunakan laluan itu sesuka hati kerana ia boleh mengundang risiko kepada pengguna kenderaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata tindakan itu boleh membahayakan pengguna kenderaan yang melalui jalan terbabit memandangkan ia belum siap sepenuhnya.

“Kita dah maklum pada mereka (orang ramai) selagi tak buat pengumuman rasmi, jangan lalu lagi tapi kalau dah nak lalu nak buat macam mana. Kita tutup tapi mereka alih halangan.

“Masih ada kerja-kerja yang belum siap (pembinaan jalan). Kalau ikut jurutera saya kata 15 Ogos (jalan akan siap).

“Jadi, siapa lalu jalan ini, risiko tanggung sendiri,” katanya.

Jalan Meru Raya-Klebang yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra dijangka akan mula dibuka kepada orang ramai pada 15 Ogos ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Medan Selera Dato’, Sagor, pada Jumaat.

Sebelum ini, Rumaizi memaklumkan projek pembinaan yang mula dilaksanakan pada April 2022 telah mencapai 98 peratus pelaksanaan kerja di tapak.

Menurutnya, kerja-kerja menyiapkan tandaan garisan jalan dan pemasangan papan tanda akan dilaksanakan pihak kontraktor bagi melengkapkan fasiliti keselamatan jalan raya di laluan berkenaan.

Jalan yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra itu melibatkan pembinaan sebuah jambatan sepanjang 50 meter merentangi Sungai Pari, jalan empat lorong dua hala sepanjang 1.3 kilometer, lengkap dengan kemudahan lampu jalan.

Pembinaan jalan yang bernilai RM7.2 juta ini bertujuan memendekkan jarak perjalanan dari kawasan Meru Raya ke Klebang.

#PerakKini #MBI #JalanMeruRayaKlebang #RBOleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menggesa orang ramai supaya tidak menceroboh Jalan Meru Raya – Klebang kerana ia belum siap sepenuhnya dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata beliau dimaklumkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak mengalihkan penghadang sedia ada supaya dapat melalui jalan itu.

“Kita dah maklum pada mereka (orang ramai) selagi tak buat pengumuman rasmi, jangan lalu lagi tapi kalau dah nak lalu nak buat macam mana. Kita tutup tapi mereka alih halangan.

“Masih ada kerja-kerja yang belum siap (pembinaan jalan). Kalau ikut jurutera saya kata 15 Ogos (jalan akan siap).

“Jadi, siapa lalu jalan ini, risiko tanggung sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Medan Selera Dato’, Sagor, pada Jumaat.

Sebelum ini, Rumaizi memaklumkan projek pembinaan yang mula dilaksanakan pada April 2022 telah mencapai 98 peratus pelaksanaan kerja di tapak.

Menurutnya, kerja-kerja menyiapkan tandaan garisan jalan dan pemasangan papan tanda akan dilaksanakan pihak kontraktor bagi melengkapkan fasiliti keselamatan jalan raya di laluan berkenaan.

Jalan yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra itu melibatkan pembinaan sebuah jambatan sepanjang 50 meter merentangi Sungai Pari, jalan empat lorong dua hala sepanjang 1.3 kilometer, lengkap dengan kemudahan lampu jalan.

Pembinaan jalan yang bernilai RM7.2 juta ini bertujuan memendekkan jarak perjalanan dari kawasan Meru Raya ke Klebang.

#PerakKini #MBI #JalanMeruRayaKlebang #RBZ

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *