Perak sumbang RM1.35 juta beli baju raya 9,000 anak yatim, asnaf

Oleh Rosdalilah Zahari
KERAJAAN Negeri Perak menyumbangkan RM1.35 juta kepada 9,000 orang penerima untuk membeli pakaian raya di bawah program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2023.
Sasaran penerima terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan mereka yang kurang berkemampuan dari 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.
Program ini diselaraskan Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed bersama-sama Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).
Setiap penerima bantuan khas hari raya itu akan menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang dan mereka diberi peluang untuk memilih sendiri baju raya masing-masing.
Antara kelengkapan yang diperoleh seperti baju melayu, baju kurung, songkok, tudung, sampin dan kuih raya.
Pagi tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama sempena Aidilfitri 2023 di Pasar Raya Hari-Hari, Taiping.
Seramai 300 orang penerima bagi kawasan DUN Selama dan Kubu Gajah telah dikenal pasti bagi pemberian khas pada hari ini.
Semoga usaha kerajaan negeri ini sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mereka yang akan berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi.
#PerakKini #KerajaanNegeriPerak #bantuanraya #RBZ
