Zahid harap Rauf bawa perubahan di Melaka

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu dapat membawa perubahan kepada negeri itu.
Menurutnya, pelantikan Rauf juga diharap dapat menarik lebih ramai pelabur-pelabur dalam bidang industri dan pelancongan untuk melabur di Melaka.
“Saya harap Rauf bukan sahaja dapat menyambung tetapi dapat melakukan beberapa perubahan terutamanya meletakkan satu paras lagi untuk menarik pelabur-pelabur ke negeri Melaka khususnya dalam bidang industri dan pelancongan.
“Selain itu, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat kawasan industri yang akan di bangunkan dan potensi FDI (pelaburan langsung asing) yang akan dibawa ke Melaka yang nilainya mungkin cecah RM100 juta untuk tempoh sepanjang empat tahun.
“Ini secara tidak langsung dapat membuka peluang kerja, meningkatkan pembangunan ekonomi dan juga hasil yang akan dikutip oleh kerajaan negeri akan ditambah dengan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka yang baharu,” katanya.
#PerakKini #PresidenUMNO #Melaka #KetuaMenteriMelaka #RBZ
