PELUPUSAN EKSHIBIT PERDANA KPDN PERAK 2025
IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perak (KPDN) merekod nilai pelupusan barang kes sehingga hari ini berjumlah RM1,1256,483.79 melibatkan barangan seperti makanan biskut yang menggunakan perihal halal palsu, sabun tiruan, telefon bimbit,pam minyak,hos, tangki IBC dan juga kenderaan.
Program Pelupusan Ekshibit KPDN telah diluncurkan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Perak, Mohamad Kamarol Mat Nor wewakili Pengarah KPDN Negeri Perak bertempat di Stor Ekshibit KPDN Perak pada pagi Isnin.
Turut mengiringi Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (Operasi), Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan serta Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (Pencegahan), Md Nasir Mohamad.
Kamarol berkata, barangan dilupuskan adalah kejayaan operasi OPS TIRIS 3.0 khususnya membanteras sebarang bentuk penyelewengan subsidi serta memastikan bekalan subsidi disalurkan kepada pengguna.
“Nilai rampasan sehingga 31 Ogos 2025 berjumlah RM3,225,186.49 manakala nilai kompaun sehingga 31 Ogos 2025 sebanyak RM1,332,750.00 dan berlaku peningkatan nilai kompaun sebanyak 272% berbanding 2024,” ujarnya ketika sidang media bersama wartawan Perak Kini.
Beliau turut menambah, pada awal tahun bermula Januari sehingga 31 Ogos 2025, KPDN Perak melaksanakan pemeriksaan ke atas 84,079 premis dan sebanyak 941 kes telah diambil tindakan melibatkan rampasan barang kawalan Diesel, Gas Petroleum Cecair (LPG) dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sekiranya terdapat maklumat salah laku peniaga, pengguna boleh menyalurkan aduan berikut :
i) Aplikasi WhatsApp 019-848 8000
ii) Portal e-aduan@kpdn.gov.my
iii) Pusat Panggilan 1 800 886 800
iv) Aplikasi telefon pintar Ex Adu KPDN.