Dakwaan lebihan RM9 juta subsidi minyak masak, KPDN sedia disiasat

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan berhubung dakwaan pembayaran lebihan RM9 juta subsidi minyak masak yang berlaku tahun lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata beliau telah dipanggil pada tahun lalu untuk memberi keterangan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, keterangan yang diberikan kepada SPRM adalah berkenaan proses-proses berhubung pengagihan minyak bersubsidi.

“Tahun lepas kita telah dipanggil (SPRM) bukan untuk siasatan (tapi) lebih kepada (memberi) keterangan sebab dalam pembelian minyak masak bersubsidi.

“Bagaimanapun, kita sedia beri kerjasama dengan siapa sekali pun. Setakat ini, saya bekerjasama dengan baik dengan Bukit Aman yang banyak membantu saya menyelongkar tentang kes-kes penyeludupan minyak masak dan diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwa KPDN telah berbelanja berlebihan untuk minyak masak bersubsidi pada tahun lalu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *