Helikopter Eurocopter dikhuatiri hilang di hutan Bidor

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Sebuah helikopter jenis Eurocopter dikhuatiri hilang di kawasan hutan sekitar Bidor, Perak kira-kira jam 12.16 tengah hari tadi, pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada satu sidang media di Stesen Keretapi (KTM) Ipoh sebentar tadi.
Menurut maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), beliau berkata helikopter itu sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi.
Bagaimanapun, katanya hubungan antara helikopter dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) dilaporkan terputus pada jam 12.16 tengah hari tadi dan ia dipercayai berada di sekitar kawasan Bidor.
Berita lanjut menyusul
