Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di tutup 3 bulan mulai 28 November

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan.

Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 3 bulan mulai 28 November 2022 bagi membolehkan kerja-kerja naiktaraf tersebut dijalankan.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti R&R Tapah (Arah Utara) atau di R&R Sungai Perak (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan.

Walau bagaimanapun, kemudahan tandas masih disediakan di stesen minyak di hentian sebelah terbabit.

Pelanggan juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS, selain mendapatkan maklumat trafik atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih kepada pelanggan lebuh raya di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

#PerakKini #PLUS #naiktaraf #tandas #SimpangPulai #Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *