MAAP KECAM ISU TINDAKAN PENGHINAAN PELAKU MEMIJAK AL-QURAN TERHADAP AGAMA ISLAM

IPOH – Pertubuhan Muafakat Ayahanda Negeri Perak (MAAP) mengecam sekeras – kerasnya diatas tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang memijak al-Quran seolah mencabar umat Islam di negara ini.
Sidang media telah diadakan bertempat di Cafe Tok Ayah Pak Long Raqi, Pengkalan Barat pada malam Isnin.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Presiden MAAP, Mohd Ishraqi Suleiman, Timbalan Presiden MAAP, Suhaimi Mohd Marjuni, Ahli Majlis Tertinggi MAAP, Amiruddin Mohd Daud serta wakil pertubuhan Non-Governmental Organization (NGO) negeri Perak.
Mohd Ishraqi berkata, rakyat Malaysia yang melebihi 21 juta orang daripada 34.3 juta rakyat Malaysia ini pastinya tidak akan memaafkan tindakan pelajar tersebut yang dikenali sebagai Vikneswaran Selvanathan dan meminta pihak berkuasa bertindak dengan segera diatas isu ini.
” Kami selaku NGO berbaiah di Perak mewakili semua Ayahanda Negeri Perak yang telah bersumpah akan mempertahankan Agama, Negara dan Bangsa menyatakan rasa terhina dengan insiden perbuatan kurang ajar seorang pelajar India yangmemijak kitab suci al-Quran.
“Kita melihat isu sebegini masih lagi berulang seolah-olah tiada kesudahannya dan kami menuntut satu tindakan dan hukuman yang maksima dikenakan keatas pelaku sebagai pengajaran kepada yang lain,” ujarnya.
Suhaimi pula menambah, MAAP berpendirian tegas dan mengutuk serta mengecam tindakan biadap pelaku lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
” Apabila kita merujuk kes 3 juruhebah dari stesen radio yang diminta memohon maaf kepada komuniti India di Batu Caves.
“Jesteru itu, pihak MAAP juga tidak mahu adanya ‘double standard’ dari sudut pelaksanaan tindakan ke atas pelaku yang sangat biadap,” ujarnya.
Amiruddin pula berkata, sedang umat Islam menjalani ibadah puasa, kita dikejutkan dengan isu penghinaan memijak al-Quran oleh seorang pelajar India.
“Kita sedang berada di bulan Ramadan al Mubarak iaitu bulan mulia yang mengajak kita beribadat, menjaga adab dan hati serta menjaga mulut dan bahasa.
“Dalam kita sibuk berpuasa dengan ibadah Tarawih dan zikir kita dikejutkan pula dengan isu sebegini yang mengoncang iman kita,” ujar beliau.





