JPP BERSATU PERAK MENGESAHKAN 1,167 PENCALONAN LAYAK BERTANDING.

7 Oktober , IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Perak telah mengadakan majlis penyerahan borang pencalonan kepada JPP Bahagian Peringkat Negeri Perak pada sabtu lepas.

 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Perak, Pazli Abdullah Sani telah membuat pengumuman senarai calon yang layak bertempat di Pejabat Bersatu Negeri Perak, Ipoh.

 

JPP Perak telah menerima 1,215 senarai layak bertanding tetapi hanya 1,167 pencalonan telah disahkan layak bertanding untuk jawatan di Peringkat Bahagian bagi tahun 2024 – 2027.

 

Sebanyak 22 Bahagian layak bertanding dan 2 Bahagian dimaklumkan tidak terlibat.

 

JPP Perak mengesahkan 15 Bahagian telah menerima 1 borang pencalonan tunggal iaitu Tambun, Pasir Salak, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Gopeng, Lenggong, Larut, Parit, Bagan Serai, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Bukit Gantang, Beruas, Padang Rengas serta Parit Buntar.

 

Manakala sebanyak 7 Bahagian akan bertanding iaitu Batu Gajah, Kampar, Kuala Kangsar, Taiping, Grik, Sungai Siput serta Lumut.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *