Lelaki warga Vietnam dicari bantu siasatan kes bunuh di Bercham

Foto Ihsan PDRM
IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Vietnam bersabit satu kes bunuh yang berlaku di Bercham pada 18 April lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki terbabit dikenali dengan nama panggilan Tam berusia dalam lingkungan 30 ke 40 tahun dengan anggaran ketinggian antara 165 hingga 170 sentimeter.
“Berikutan itu, kita memohon kerjasama dan jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil untuk membantu pihak polis mengesan individu terbabit.
“Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-564 4484 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
#PerakKini #PDRM #orangdikehendaki #RBZ
