MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA DATUK BANDAR IPOH

IPOH | Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 anggota MBI B40 dan 20 anak yatim dari Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin sempena Majlis Jamuan Aidil Fitri Bersama Datuk Bandar Ipoh anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan A2Z Charity Organisation dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak.

 

Turut mengiringi Datuk Bandar iaitu Encik Jeff Lai, Pengasas Pertubuhan Kebajikan A2Z, Cik Florence Cheong, Presiden Pertubuhan Kebajikan Sejati Ipoh Perak, Encik Albert Ho, Penasihat The Enclave Residen, Master Koo Teck Wah, Pelukis, Tuan Sharudi Bin Muhammad Halil, Ketua Balai Bomba Meru, Encik Arison Ho, Ketua Pembangunan Produk, AAA Greencell Beauty & Healthcare, Encik Chong Chee Wai, Pengurus The China Press Berhad Negeri Perak dan Datuk Dr. Subramaniam, Pengasas Universiti Quest.

 

Datuk Bandar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada A2Z Charity Organisation dan Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak yang telah bersama MBI dalam menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat khususnya Program MBI Prihatin serta berharap lebih banyak lagi Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti A2Z Charity Organisation, Pertubuhan Kebajikan Sehati Ipoh, Perak serta syarikat korporat dalam menjalankan program yang memberi manfaat kepada warga kota Ipoh yang memerlukan.

 

Beliau turut memuji rakan media di Bandaraya Ipoh yang banyak membantu MBI pada setiap tahun dengan membuat liputan bagi menggalakkan lebih banyak lagi pasaraya, hotel dan Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk tampil menyumbang serta menaja program-program berfaedah demi kesejahteraan wargakota Ipoh yang kurang berkemampuan.

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *