SEKOLAH PENYAYANG , SEKOLAH PRIHATIN.

Tanjong Rambutan – Warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM 1,000 kepada adik Nor Fatihah bt Abdul Razak, pelajar tahun 6 Sigma yang kematian ibunya baru – baru ini.

 

Menurut Guru Besar, Jasmaney Saidin, kutipan sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah yang sentiasa mengambil berat akan perihal pelajar.

 

“ Pihak sekolah bersimpati dengan adik Nor Fatihah malah adik Nor Fatihah adalah merupakan pelajar yang bijak dan pernah menjadi naib johan bagi Karnival Fitrah Orang Asli bagi kategori hafazan ”

 

“ Kami berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban beliau dan membantu segala urusan beliau kerana difahamkan beliau sekarang tinggal bersama makciknya” ujar beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *