OPERASI PENGUATKUASAAN & KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

IPOH – Pengarah JPJ Negeri Perak Mohammad Yusoff Abustan mengetuai operasi penguatkuasaan melibatkan kekuatan 130 anggota yang dijalankan sekitar Bandaraya Ipoh pada malam tadi.

 

JPJ Negeri Perak memfokuskan pemeriksaan semua jenis kenderaan dengan memberi penekanan pemeriksaan lesen memandu dan cukai jalan(roadtax) serta memberikan advokasi kepada pengguna jalan raya.

 

Ujar beliau lagi objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap orang ramai untuk mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. Secara keseluruhan sepanjang 10 hari pelaksanaan Ops Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 Negeri Perak, sebanyak 52,109 kenderaan telah diperiksa.

 

Dari pemeriksaan yang dilakukan sebanyak 9199 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan.

Artikel oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *