MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2024 TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

IPOH – Kemeriahan meraikan Aidilfitri masih lagi dirasai walaupun telah hampir di penghujung bulan Syawal.

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat TT Group of Companies , Tina Tajuddin telah merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Kampus TAJ International College, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

 

Hampir 1000 tetamu hadir termasuk tetamu istimewa iaitu anak-anak yatim serta pelajar tahfiz yang menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

 

Beliau berkata” Majlis rumah terbuka ini pada awalnya dianggarkan 800 tetamu tetapi kehadiran yang luar jangkaan menyebabkan kita menambah lagi hidangan sehingga 1000 tetamu”.

 

“Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh kakitangan dan pelajar kolej tetapi juga ahli keluarga termasuk ibu bapa”, ujar beliau.

 

Lebih daripada 20 jenis juadah disajikan termasuk makanan panas seperti sate, lemang, ketupat, cucur udang, mee sup dan lain-lagi kepada tetamu yang hadir.

 

Turut hadir Pengasas Taj International College, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *