100 ORANG ASNAF TERPILIH TERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS DAN ZAKAT KEWANGAN

IPOH – Seramai 100 penerima golongan asnaf serta saudara baru terpilih menerima bantuan yang telah disempurnakan oleh Datuk Azizul Kama Abdul Aziz selaku Pengerusi Biro Ekonomi Dewan Perniagaan Melayu Perak.

 

Program penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka, Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan,Ulu Kinta pada malam Selasa.

 

Program dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) serta Restoran Mohammad Chan Ipoh, turut diisi dengan kuliah agama yang disampaikan oleh penceramah daripada Biro Agama PRIM.

 

Azizul berkata penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen didalam meringankan sedikit bebanan kos sara hidup yang kini semakin tinggi.

 

“Diantara sumbangan yang disampaikan pada malam ini adalah seperti beras, ikan segar sebanyak 2 kilogram seorang, barangan dapur serta zakat wang tunai.

 

“InsyaAllah diharap program sebegini dapat diteruskan lagi untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Menurut Pengerusi PRIM, Dr. Mohamed Arib Aliyah berkata, program bantuan dan kuliah biasanya dilakukan dari rumah ke rumah.

 

“Tetapi kuliah agama kali ke-238 pada malam ini agak istimewa kerana mendapat sokongan dari pengerusi masjid untuk melaksanakan penyampaian kuliah disini,” ujarnya.

 

Pengerusi JPKK Batu 5/6 Tambun, Sazali Shaarif menambah, beliau amat teruja apabila Masjid Abu Ubaidah telah dipilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan program pada kali ini.

 

“Saya bersama Pengerusi Masjid serta barisan ahli jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan diatas sumbangan untuk kariah sekitar kawasan masjid disini terutamanya golongan asnaf, B40, ibu tunggal dan juga saudara baru,” ujarnya ketika ditemuramah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *