collapse
Home / BISNES / MARA PERAK ANJUR SEMINAR BEAUTY IN BUSINESS 2026

MARA PERAK ANJUR SEMINAR BEAUTY IN BUSINESS 2026

17-Sep-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  5 views
MARA PERAK ANJUR SEMINAR BEAUTY IN BUSINESS 2026

IPOH - MARA Negeri Perak menganjurkan program Beauty In Business (BISS) untuk memperkasakan usahawan kecantikan dengan platform mengembangkan produk, kapasiti, keupayaan usahawan di pasaran domestik dan antarabangsa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Rizal Effendi Razali bertempat di Galasa Caldwell pada petang Selasa.

IMG-20260917-WA0036
Turut mengiringi Presiden Malaysian Bumiputera Make Up Artist Assosiation, Datin Rosnawati Salleh serta Pengarah MARA Negeri Perak, Yuhaniz Mohamad Padil.

Rizal berkata, MARA pada dasarnya mahu setiap usahawan menjadi pencipta produk, pemilik jenama, penyedia perkhidmatan dan pemain industri yang mampu bersaing di pasaran yang lebih luas.

IMG-20260917-WA0039
"Industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia kini telah berkembang pesat dengan sumbangan sebanyak RM13.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025, melibatkan lebih 28,600 syarikat berdaftar di seluruh negara.

"Sektor ini merangkumi penjagaan kulit, produk halal, perkhidmatan spa serta rawatan estetik  namun persaingan yang semakin sengit dari dalam dan luar negara menjadikannya pasaran yang mencabar.

IMG-20260917-WA0037
"Pasaran ini luas, peluangnya besar, tetapi persaingannya juga hebat, justeru itu kita tidak mahu usahawan sekadar menjadi pengguna atau pemerhati, kita mahu mereka menjadi pelaku utama iaitu pencipta produk, pemilik jenama, penyedia perkhidmatan yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa," ujarnya.

Beliau turut menambah, seniman solekan atau lebih di kenali 'make up artist'(MUA) bukan lagi hobi malah ianya adalah kerjaya profesional bernilai tinggi. 

 IMG-20260917-WA0037
"Pertandingan 'Make-Up Challenge' hari ini yang turut disertai seniman solekan (MUA) dari pelbagai negeri ini membuktikan bahawa bidang tersebut bukan sekadar kemahiran sampingan, sebaliknya merupakan perniagaan profesional dengan nilai komersial yang tinggi.

 "Perkhidmatan MUA diperlukan merentasi pelbagai bidang seperti majlis perkahwinan, fesyen, penggambaran, televisyen, persembahan serta acara korporat.

 "Dengan kekuatan media sosial dan pemasaran digital, seorang MUA boleh membina jenama peribadi yang kukuh serta pembinaan imej diri ini sama penting dengan disamping mempromosikan jenama produk," katanya.

 Pertandingan Make-Up Challenge bukan sekadar menilai kreativiti, malah menjadi wadah untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran profesionalisme serta mendedahkan peserta kepada trend terkini industri kecantikan.

Ianya dapat membina rangkaian perniagaan dan peluang kerjasama dan mempamerkan bakat anak tempatan ke pasaran lebih luas.

 Fokus khusus juga diberikan kepada pemahaman trend industri supaya usahawan tempatan tidak ketinggalan, sebaliknya mendahului perubahan pasaran.

 Negeri Perak disasarkan untuk muncul sebagai pusat pertumbuhan produk dan perkhidmatan kecantikan tempatan, bukan sahaja dikenali di peringkat negeri, malah melangkah ke seluruh negeri dan luar negara.


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.