313, 872 RIBU JUMLAH PENGUNJUNG DIREKODKAN SEMPENA PENUTUP PMR PERAK 2026

MERU – Perak mencatat jumlah kehadiran pengunjung sebanyak 313, 872 ribu melebihi jumlah sasaran asal iaitu 100, 000 pengunjung yang disasarkan oleh KPKT.

 

Program MADANI Rakyat ( PMR ) Perak 2026 yang telah berlangsung bermula dari 3 sehingga 5 April telah melabuhkan tirainya di bumi Perak dengan penuh kemeriahan .

 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bertempat di Bulan Sultan Azlan Shah pada petang Ahad.

 

Nga berkata pada ucapan penutup, KPKT mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi ( PACU), Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, pihak berkuasa tempatan serta pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

 

” Apabila kita bersama mengembling tenaga maka kejayaan ini telah dibuktikan apabila kerajaan dan rakyat teguh bersatu hati, tiada lautan serta cabaran yang tidak mampu diredah dan tiada puncak harapan yang tidak dapat direalisasikan demi kemaslahan bersama.

 

” Apa yang telah kita saksikan sepanjang penganjuran program ini adalah satu petunjuk bahawa pembangunan sesebuah bangsa tidak sesekali wajar diukur menerusi angka statistik mahupun binaan konflik semata-mata, sebaliknya ia merupakan tentang masa hadapan sebuah naskah keberanian,keazaman dan anjakan paradigma demi kelangsungan sebuah negara yang sejahtera,” ujarnya.

 

Beliau turut menyampaikan hadiah pertandingan Fotografi dan Videografi PMR Perak 2026 kepada para pemenang serta hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Perodua Axia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *