JAMUAN RAYA SUB KAMPUNG MENTERI BERSAMA PARLIMEN BUKIT GANTANG MERIAH

KUALA SEPETANG – Skim Usahawan Bangkit (SUB) yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang telah berjaya melahirkan usahawan – usahawan kecil didalam meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafis Syed Abdul Fasal bertempat di Perkarangan Kak Long Shellout, Kampung Menteri pada Selasa.

 

Turut mengiringi Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM ) Perak, Mazlan Zurin Zulkifli, Penghulu Mukim Matang, Nasaruddin Mawi serta peserta – peserta SUB Kampung Menteri.

 

Syed Abu Hussin berkata, program SUB telah mendapat perhatian khusus daripada Perdana Menteri apabila ia dibentangkan diperingkat Pengarah – Pengarah ICU JPM.

 

“Konsep kita bantu kita, adalah satu mekanisma cara membantu usahawan SUB untuk menjadikan pendapatan ekonomi kecil kepada ekonomi yang lebih stabil .

 

“Kadang – kadang usahawan SUB melalui kesusahan apabila tiada kemudahan, tiada pinjaman malah tiada modal permulaan dan disinilah Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang akan cuba membantu didalam Skim Usahawan Bangkit”, katanya ketika ditemubual.

 

Salah seorang peserta SUB, Natasya Shahidan, 41, berkata, saya berniaga kedai makan di Kampung Menteri dan telah menerima peruntukan seperti peti ais, dapur memasak ,meja makan dan juga kerusi.

 

“Syukur sangat selepas seminggu membuat permohonan akhirnya semua telah diluluskan, kalau dulu ada 1 dapur memasak kini telah memiliki 3 dapur memasak untuk saya menambah rezeki”, ujarnya.

 

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin bersama Mazlan Zurin turut melawat penerima rumah ICU JPM Perak iaitu Puan Roslina di Kampung Sungai Bemban, Trong dan Encik Azhar di Simpang, Changkat Jering serta penyerahan plak kunci rumah baru bernilai RM80 ribu seunit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *