AHMAD FAIZAL JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI – MOHD FADHLI

IPOH – Kenyataan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah disiarkan oleh wartawan Sinar Harian pada 6 April 2026 adalah kenyataan yang amat dangkal dan amat jauh dari realiti sebenar di peringkat akar umbi.

 

Mantan Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor, Mohd Fadhli Ismail menyatakan, realitinya barisan pemimpin utama Bersatu di Perak bukanlah wakil rakyat yang benar-benar cakna tentang kebajikan rakyat sebaliknya hanya memegang jawatan diatas kertas.

 

” Saya ingin menasihatkan Ahmad Faizal agar berhenti bermimpi disiang hari dan seharusnya beliau turun padang membantu rakyat yang mengalami kesukaran dari masa ke semasa meskipun tidak lagi memegang gelaran ” Yang Berhormat “.

 

“Janganlah asyik menempel dengan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin demi menjaga kepentingan peribadi demi memastikan beliau kekal relevan didalam Bersatu,” ujarnya.

 

Beliau turut menambah, Ahmad Faizal telah terbukti sebagai pemimpin yang gagal didalam mengawal krisis dalaman parti di Perak.

 

“Ini adalah bukti ketidakupayaan beliau di dalam mengemudi organisasi dan hanya berlandaskan kepentingan tertentu dan kesimpulannya bagaimana Bersatu boleh menjadi kuat ? “,

 

Tindakan pemecatan dan perpecahan yang dibawa oleh pimpinan Bersatu pada saat ini jelas bukan satu penyatuan, sebaliknya hanya memecah-belah perpaduan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *