93,000 RIBU PENGUNJUNG DIREKODKAN SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK

MERU – Program MADANI Rakyat ( PMR ) 2026 Perak yang telah memasuki hari kedua telah mencatat kehadiran pengunjung lebih 93,000 ribu pengunjung menerusi kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming.
Nga menyatakan, ini telah membuktikan keyakinan serta sokongan rakyat terhadap program berkenaan yang telah berlansung bermula 3 sehingga 5 April 2026.
” PMR 2026 Perak menyasarkan seramai 100,000 ribu pengunjung dalam tempoh 3 hari, namun pada hari kedua kita telah berjaya mencatat lebih darioada 93,000 ribu pengunjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah pada petang tadi.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sepanjang tiga hari penganjuran, PMR 2026 Perak telah menawarkan pelbagai pengisian menarik merangkumi perkhidmatan kerajaan, inisiatif kesejahteraan rakyat, perkhidmatan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI serta Jualan Agro MADANI.
Turut dilaksanakan ialah program tawaran peluang pekerjaan, festival makanan dan jualan usahawan tempatan, program pertukaran topi keledar, pertukaran minyak enjin motosikal percuma, perkhidmatan gunting rambut percuma, pengagihan biji benih dan anak pokok, pameran aset pertahanan dan keselamatan serta pelbagai aktiviti kekeluargaan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berperanan sebagai peneraju PMR 2026 Perak telah menyediakan lebih 200 perkhidmatan kerajaan serta pelbagai pengisian menarik bertemakan ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’.






