70 PELAJAR TERIMA MANAFAAT SEMPENA PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2026

IPOH – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Lang berkolaborasi bersama Surau Ar-Raudah dan Persatuan Penduduk Desa Lang melaksanakan inisiatif khususnya menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

 

Majlis perasmian program ‘Kembali ke Sekolah 2026’ telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Muhammad Hamzah Md Hamdan bertempat di Kuarters KTMB Desa Lang pada hari ini.

 

Turut mengiringi Pengerusi KRT Desa Lang dan Surau Ar-Raudah, Azman Arshad, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kinta, Noorhayati Hussin, Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Lang, Ashraf Ali Anvar Deen serta para peserta program.

 

Azman Arshad berkata, matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan menyediakan persediaan fizikal kepada para pelajar serta membantu mengurangkan kos bebanan terutamanya ibubapa.

 

“Program hari ini melibatkan 20 pelajar perempuan yang menerima beg sekolah manakala 50 pelajar lelaki akan diberikan khidmat gunting rambut secara percuma melibatkan keseluruhan 70 penyertaan pelajar.

 

“Secara tidak lansung program sebegini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim dikalangan penduduk disini,” ujar beliau kepada Perak Kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *