Adun Hulu Kinta beri sumbangan bantu dua beradik atlet sepak takraw sertai Kejohanan Sekolah Sukan Thailand

Ahmad Fareez Imtiyaz Suhairi, 14 (kanan) dan abangnya Ahmad Qayyum Akmal Suhairi, 17 (kanan) menunjukkan medal dan juga plak kejohanan peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan sebelum ini dikediamannya Kampung Tersusun Batu 6 Tambun hari ini.

Oleh Rosdalilah Zahari

DUA atlet sepak takraw yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR) dalam Kejohanan Sekolah Sukan Thailand Kali Ke-24 di Lampang, Thailand menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tambun hari ini.

Pasangan adik beradik Ahmad Qayyum Akmal Suhairi, 17, dan Ahmad Fareez Imtiyaz Suhairi, 14, dijangka akan bertolak ke Thailand esok bagi menyertai kejohanan sukan yang berlangsung mulai 21 hingga 31 Julai itu.

Muhammad Arafat berkata kehadirannya pada hari ini untuk memberi sokongan dan dukungan kepada adik beradik terbabit yang berjaya mewakili negara dan negeri Perak pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu.

Katanya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban kewangan serta menyuntik semangat mereka untuk memperoleh kejayaan pada kejohanan

“Kami hadir hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk pembelian barang keperluan, perbelanjaan dan sebagainya yang diharap dapat meringankan beban kedua-dua atlet ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan tersebut di rumah dua beradik itu di Kampung Tersusun Batu 6, Tambun pada Selasa.

Hadir sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri.

Sementara itu, bapa kepada dua beradik terbabit, Suhairi Abd Aziz, 48, mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang disampaikan pada hari ini.

“Saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat dijadikan sebagai motivasi kepada mereka supaya lebih maju jaya dalam bidang sukan dan akademik,” katanya.

Pada 2019, SMKGR telah menghantar atletnya di kejohanan sama serta mereka menyertai empat acara, iaitu hoki, bola sepak, sepak takraw dan olahraga.

#PerakKini #ParlimenTambun #DunHuluKinta #KBS #sepaktakraw #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *