‘KERINDUAN DESA’ TEMA IFTAR RAMADAN DI MIKER SIGNATURE.

IPOH – Merasai kemeriahan berbuka puasa didalam suasana desa yang mendamaikan diiringi hidangan istimewa pastinya mengimbau kenangan nostalgia kampung halaman.

 

Kini segala hidangan istimewa bertemakan ‘Kerinduan Desa’ yang disediakan khas oleh tukang masak berpengalaman pastinya menambat selera pengunjung yang hadir kesini.

 

Majlis pratonton telah dilancarkan oleh Pengarah Miker Group Sdn Bhd, Chef Wan Rathnor bertempat di Miker Signature pada malam tadi.

 

Wan berkata, untuk iftar Ramadan 2025 harga bermula daripada RM30 sehingga Rm49 manakala bagi kanak-kanak dibawah umur lima tahun adalah percuma.

 

“Pada tahun ini terdapat sedikit kejutan daripada Miker Group iaitu kami akan memberikan tiket penerbangan percuma kepada salah seorang pengunjung sempena iftar Ramadan berlangsung.

 

“Hadiah tersebut merupakan tiket perjalanan pergi dan balik ke Kota Kinabalu , tiket penginapan percuma selama 3 hari 2 malam di Pulau Pinang serta tiket penerbangan ke Phuket, Thailand kepada pelanggan bertuah,” ujar beliau.

 

Antara menu utama terdapat disini adalah udang galah rendang pedas, gulai tempoyak ikan patin, gulai lemak daging salai serta pelbagai jenis masakan.

 

Turut disediakan beberapa stesen hidangan panas seperti roti puri, mee goreng mamak, ayam bakar, roti john,ayam bakar serta pelbagai jenis air balang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *