PRIM SANTUNI 100 GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADAN 2025

IPOH – Persatuan India Muslim Perak (PRIM) meneruskan tradisi dalam menyemarakan lagi bulan Ramadan melalui Program Bantuan Raya 2025.
Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi pastinya lebih bermakna buat 100 asnaf fakir dan miskin didalam bandaraya Ipoh apabila mereka bakal menerima sumbangan duit raya.
Program Bantuan Raya turut diraikan bersama Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Sharul Dawood diiringi Pengerusi PRIM Dr Mohamed Arib Aliah bertempat di Dewan Utama, Masjid India pada pagi semalam.
Ini adalah kali pertama PRIM dan HRD Corp berkolaborasi dalam menjayakan program sebegini untuk bulan Ramadan tahun ini.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Sharul kerana memilih PRIM utkk mengagihkan barang-barang dapur.
“Seramai 100 keluarga pada hari ini akan menerima sumbangan beras dan juga duit raya pada pagi ini.
” Untuk pemilihan sebagai penerima unit Biro PRIM yang diketuai oleh saudara Jabrullah akan memastikan setiap penerima adalah telus dan memenuhi kriteria yang ditetapkan”, ujar beliau kepada Perak Kini.
Beliau menambah, bulan Ramadan yang mulia ini adalah masa terbaik untuk mencari pahala keberkatan dan bukan hanya untuk mencari publisiti.
Majlis diteruskan dengan acara bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.






