KEJUARAAN BADANG MALAYSIA ‘ENDURANCE & STRENGTH’ 2025 EDISI KALI KE-4

KAMPAR – Pertandingan Badang Malaysia 2025 telah melabuhkan tirainya sepanjang 2 hari ianya berlansung bermula pada 9 Ogos sehingga 10 Ogos anjuran Jalinan Bersatu Sahabat Perak ( JABAT ).

 

Sebanyak 45 peserta dari seluruh negeri berentap bagi merebut kejuaraan melibatkan 2 kategori iaitu 75 kilogram keatas dan juga 75 kilogram kebawah dan hanya 10 peserta layak ke peringkat akhir bagi setiap kategori.

 

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Sahom Valley, Shariff Ali Jabat diiringi Pengarah Program merangkap Presiden JABAT, Amiruddin Mohd Daud bertempat di Sahom Valley Resort pada petang semalam .

 

Amiruddin berkata, seramai 45 peserta individu telah menyertai kejohanan Badang Malaysia edisi ke-4 pada kali ini .

 

” Untuk bergelar ‘ badang ‘ peserta harus mengharungi cabaran diantaranya, tayar ‘flip’ beratnya diantara 90 sehingga 150 kilogram, menarik kenderaan pacuan 4 roda (4×4) , angkatan kayu balak dan juga larian.

 

” Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana memberikan sokongan penuh untuk kejohanan ini,” ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Juara Kategori 75 kilogram keatas telah dinobatkan kepada Muhammad Nur Ariff dengan catatan masa 2 minit 15 saat, yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 beserta trofi.

 

Naib Johan dimenangi oleh Allen Chooi Siew Loon dengan catatan masa 11 minit 42 saat, yang membawa pulang wang tunai RM800 dan tempat ke-3 diungguli oleh Nazrin Ashman yang membawa pulang wang tunai RM700.

 

Johan bagi kategori 75 kilogram kebawah telah dinobatkan kepada Fazlan Oweng dengan catatan masa 1 minit 30 saat, yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 beserta trofi.

 

Naib Johan dimenangi oleh Syed Suffi Syed Zulkifli dengan catatan masa 1 minit 51 saat, yang membawa pulang pulang wang tunai berjumlah RM800 dan tempat ke-3 diungguli oleh Andry Let yang membawa pulang wang tunai RM700.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *