KRT DESA LANG DAN SURAU AR-RAUDAH ANJUR MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 1447H

IPOH – Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Desa Lang berkolaborasi bersama Surau Ar- Raudah Desa Lang menganjurkan Majlis Jamuan Aidilfitri 1447H yang telah berlansung dengan meriah bertempat di tingkat bawah, Kuarters KTMB Desa Lang pada Sabtu.

 

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Perpaduan Daerah Kinta, Muhamed Zaizulman Zainal Abidin, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr. Muhammad Hamzah Md Hamdan, Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Barat, Azham Azmi, Guru Pengiring Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Choy, Ng Leng Chia, Setiausaha Pertubuhan Penggiat Rebana Senandung Malam Gugusan Manjoi, Abdul Razak Jamalludin serta para penduduk setempat.

 

Menurut Pengerusi KRT Desa Lang merangkap Pengerusi Surau Ar- Raudah, Azman Arshad berkata, penganjuran jamuan Adilfitri ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara pemimpin masyarakat dan juga penduduk setempat khususnya penduduk di perumahan Desa Lang.

 

“Syukur Alhamdulillah kerana sambutan daripada penduduk yang berbilang kaum telah memeriahkan lagi majlis pada malam ini.

 

“Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa KRT Desa Lang serta penduduk yang turut serta bergotong – royong menyediakan juadah lauk – pauk seperti kari kambing, ayam rendang,ayam merah, lemang, dan juga sumbangan ‘port luck’ daripada penduduk disini.” ujarnya.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian kebudayaan pelajar SJKC Yuk Choy, cabutan bertuah serta persembahan penggiat rebana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *