HAMPIR 3000 MASYARAKAT HADIR KE RUMAH TERBUKA PARLIMEN GOPENG

BATU GAJAH – Hampir 3000 masyarakat didalam Parlimen Gopeng hadir ke Rumah Terbuka Sama – Sama Raya 2026 bersama Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing sebagai tanda sokongan dan penghargaan di atas jasa serta pengorbanan beliau sebagai pemimpin masyarakat bertempat di Arena Square, Batu Gajah pada petang Sabtu.

Turut mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi, ADUN Teja, Sandrea Ng, Mantan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye serta tetamu – tetamu jemputan.

Tan Kar Hing berkata, rumah terbuka hari raya menjadi satu program wajib setiap tahun sebagai meraikan perayaan berbilang kaum di negara ini.

“Program sambutan hari raya diadakan di atas semangat kebersamaan di dalam keluarga Parlimen Gopeng di mana sebelum ini ia dilaksanakan di DUN Teja dan DUN Simpang Pulai.

“Saya faham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengarahkan agensi-agensi dan jabatan-jabatan untuk tidak melaksanakan program yang besar tetapi untuk kawasan peringkat parlimen ada diberikan sedikit kelonggaran untuk melaksanakan program secara sederhana.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehadiran begitu ramai masyarakat walaupun ia disambut secara sederhana berbanding dengan tahun – tahun sebelum ini,” ujarnya.

Beliau turut menambah, walaupun penganjuran kali ini secara sederhana namun matlamat utamanya adalah kebersamaan meraikan setiap perayaan dan merapatkan perhubungan diantara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan serta penduduk setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *