THE PINNACLE @ MH HOTEL MENAWARKAN PROMOSI ‘SUNDAY WEEKEND HI-TEA’ SERENDAH RM48

IPOH – The Pinnacle menawarkan pengalaman menikmati pelbagai menu terbaik bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu sambil menikmati keindahan suasana bandar raya Ipoh yang terletak di tingkat 20, MH Hotel .
Dengan harga promosi serendah RM40 untuk kanak-kanak serta warga emas dan RM48 untuk dewasa, pastinya kenangan indah menikmati suasana makanan di The Pinnacle bakal meninggalkan kenangan terindah.
Menurut Pengurus Operasi MH Hotel Ipoh, Norida Hussain berkata, promosi ‘Hi-Tea’ diadakan setiap hari Ahad bermula 12.30 tengah hari sehingga 4 petang dan terdapat promosi “beli 5 percuma 1” untuk tempahan awal.
“Menu disini merangkumi pelbagai pilihan seperti nasi, makanan laut, kambing bakar, ayam bakar, pencuci mulut, pasta dan juga pelbagai jenis mi.
” Selain promosi ‘Hi- Tea’, kami juga bakal mengumumkan buffet Ramadhan yang akan datang disamping menekankan kualiti makanan, status halal serta kejutan istimewa untuk pelanggan setia”, ujar beliau kepada Perak Kini.
Bankuet Chef MH Hotel, Gosti Muhammad Firdaus Abdul Aziz menambah, menu utama disini adalah ‘lamb leg’ serta ayam bakar disamping 14 menu utama.
” Dengan perapan istimewa pastinya ia menjadi kualiti terbaik walaupun mengambil masa yang agak lama”, ujarnya.
MH Hotel juga turut menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti pakej seminar, majlis persendirian, graduasi sekolah yang boleh menempatkan sehingga 700 orang .
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi ditalian 05-5451000 atau melayari laman sesawang di www.mhhotels.com.my.










