‘SPEEDY TIGERS’ TUMPAS KEPADA INDIA 3 – 4

IPOH – India merupakan juara lima kali hoki dunia berjaya melakar kemenangan 4 – 3 menentang Malaysia di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-31 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah pada petang ini.
Seawal permainan dimulakan, India telah berjaya menembusi pertahanan negara menerusi jaringan Karthi Selvam pada minit ke-7.
Bagaimanapun Malaysia pantas membalas serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Faizal Saarie pada minit ke-13 melalui pukulan sudut penalti.
Serangan pantas India menerusi jaringan padang oleh Sukhkeet Singh pada minit ke-21 telah meletakkan India dihadapan dengan kedudukan 2 – 1.
Dengan semangat hampir 1500 penyokong negara akhirnya Fitri Saari berjaya meledak satu jaringan pada minit ke-39 untuk berada dikedudukan 2 – 2 .
Namun India berjaya menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Amit Rohidas pada minit ke-39 meletakkan India pada kedudukan 3 – 2 .
Kegembiraan India tidak berpanjangan apabila kapten Speedy Tigers berjaya menghasilkan jaringan menerusi Marhan Jalil berjaya mengikat lawan pada kedudukan 3 – 3 .
Namun disaat perlawanan bakal berakhir, India telah dihadiahkan ‘penalty stroke’ yang telah disempurnakan oleh Sanjay selaku kapten pasukan untuk memastikan kemenangan milik pasukannya.





