AZNO KATERING SEDIA 40 JUADAH LAZAT SEMPENA BUFFET RAMADAN 2026

IPOH – Menawarkan lebih 40 juadah istimewa di lokasi stratergik bertempat di Prestige Hall Bercham , Azno Katering pastinya menjadi pilihan ideal sebagai tempat untuk berbuka puasa yang bakal tiba.

 

Dengan kemudahan parkir yang luas, surau, tandas bersih dengan suasana eksklusif pastinya ini adalah tempat pilihan pengunjung.

 

Disajikan pula dengan pilihan menu kampung sehingga menu istimewa pastinya menggamit selera dan memori pelanggan yang berkunjung disini.

 

Menurut Pengurus Besar Azno Katering, Dr Noraini Mat Husin berkata, ini adalah tahun pertama berkolaborasi bersama Prestige Hall@YICC setelah 5 tahun menjalankan operasi Iftar Ramadan Buffet dilokasi lain.

 

“Terdapat 40 menu utama diantaranya seperti menu kambing bakar, ayam bakar, siput sedut, lala masak lemak, daging masak hitam, pelbagai jenis manisan serta berbagai jenis air balang yang disediakan.

 

” Harga bermula dari RM55 untuk dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM35 untuk kanak-kanak dan ianya beroperasi pada 20 Febuari sehingga 19 Mac 2026″,ujar beliau.

 

Dengan kapasiti ruang yang mampu menampung 500 pelanggan dalam satu masa, termasuk dewan berhawa dingin, Azno Katering memastikan pengalaman berbuka puasa yang selesa dan eksklusif.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi di talian 012-5762711 / 0124191930.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *