SET TALAM RAMADAN 2026 TARIKAN TERBARU DI GAZEBO ABANG NASH

GOPENG – Tarikan terbaru iaitu Set Talam Ramadan 2026 telah dilancarkan bertempat di Gazebo Abang Nash (GAN), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada petang tadi.
Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh pemilik GAN, Nasharudin Kanesh Abdullah yang juga merupakan cawangan terbaru ke-5 di Perak.
Menurut Nasharudin, ini antara lokasi terawal di Malaysia yang memberi peluang kepada pengguna lebuhraya berbuka puasa dalam suasana tenang bersama keluarga.
” Untuk menu Ramadan kali ini yang bermula pada 20 Februari 2026, kami memperkenalkan Set Talam Ramadan bermula Rm59 untuk 2-3 orang dan RM95 untuk 4-5 orang.
” Terdapat 4 pilihan iaitu Set Talam Ayah, Emak, Opah dan juga Adik, dimana penambahan nasi putih dan air adalah percuma,” ujar beliau.
Selain Set Talam Ramadan turut disediakan menu lain iaitu nasi kandar ayam vanggey, ayam goreng mamak, ikan goreng mamak dan kari kambing.








