HOTEL CASUARINA @ MERU BERKONGSI REZEKI MERAIKAN 50 ANAK-ANAK YATIM

IPOH – Seramai 50 anak-anak yatim terpilih telah diraikan pada Majlis Tautan Kasih Ramadan 2026 yang telah berlansung di Casuarina Convention Centre pada petang Selasa.
Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hotel Casuarina@Meru yang diadakan pada setiap tahun.
Menurut Pengurus Besar Casuarina@Meru, Sabrina Ahmad Tah berkata, seramai 50 anak-anak daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Pertubuhan Baitul Aini Anak-anak Yatim dan Miskin Ipoh serta Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman, Seri Manjung hadir pada malam ini.
“Pada program ini, anak-anak yatim dan asnaf berusia diantara 1 tahun hingga 16 tahun disantuni dalam suasana penuh bermakna menerusi majlis berbuka puasa serta penyampaian duit raya sebagai tanda ingatan yang mengeratkan ukhuwah dan mengundang keberkatan Ramadan.
“Dalam masa yang sama juga, kami menjemput klien-klien kami daripada jabatan kerajaan, korporat dan sosial serta rakan media untuk sama-sama menyantuni anak-anak terbabit pada malam ini.
Sementara itu, Sabrina memaklumkan orang ramai yang meminati hidangan tradisional Melayu, cita rasa Nusantara serta sajian Timur Tengah boleh singgah ke hotel kami, bagi menikmati Bufet Santapan Ramadan bertemakan ‘Pusaka Rasa Warisan’.
Katanya lagi, sebanyak 120 menu disediakan daripada pembuka selera hingga ke pencuci mulut, lengkap dengan aneka gerai warung yang mengangkat nostalgia rasa asli turun-temurun.
“Antara hidangan istimewa yang menjadi tarikan utama termasuk kambing panggang, nasi kukus sambal geprek, puyuh goreng berempah, gulai kawah kambing, ikan lampam goreng berlada, gulai tempoyak ikan patin dan bubur lambuk tulang kambing,” ujarnya.





