AMK CABANG SIPUT SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI POS YUM

Sungai Siput , 26 Mei – AMK Keadilan Sg Siput turun padang menyantuni komuniti orang asli di Pos Yum dan Pos Legap yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Hairul Akmal bin Ahmad baru – baru ini.
Menurut Hairul Akmal, di Kampung Beswok, Pos Yum, Lasah ,pihak AMK Cabang Sungai Siput telah menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 7 buah keluarga orang asli.
Turut hadir sama ialah Mohd Daud bin Anjang, Tok Batin Kampung Beswok.
” Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan , Saudara Muhammad Kamil Abdul Munim yang telah memberi sumbangan kotak makanan untuk disampaikan kepada penduduk orang asli Kampung Beswok ” ujar beliau
Menurutnya lagi, sumbangan ini dapat meringankan beban mereka disamping dapat menjalin hubungan erat bersama masyarakat orang asli yang telah lama terjalin bersama ahli Parlimen Sungai Siput, Yb Kesavan Subaramaniam.
” Saya turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli Parlimen Sg Siput, Yb Kesavan yang sentiasa bersama AMK dan memberi sokongan serta menunjukkan kepimpinan yang baik serta sentiasa bersama keluarga Keadilan Sg Siput”
Menurut Hairul, sumbangan bantuan kewangan juga turut disampaikan kepada penerima dan rata – rata penerima melahirkan rasa gembira dan usaha AMK Cabang Sungai Siput ini membuktikan komitmen mereka menyantuni komuniti orang asli sebagaimana komitmen ahli Parlimen Sg Siput yang sentiasa dekat di hati mereka.







