HAMZAH UCAP TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PERAK CATAT SURPLUS RM85 JUTA TAHUN 2025

IPOH – Kerajaan negeri Perak terus memperkukuh kedudukan kewangannya apabila sekali lagi berjaya merekodkan lebihan pendapatan atau surplus sebanyak RM85 juta tahun 2025.

 

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh yang juga Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Clr Muhammad Hamzah Md Hamdan turut mengucapkan tahniah diatas pencapaian yang membuktikan kerajaan negeri berjaya mengurus tadbir Perak dengan baik hasil kestabilan ekonomi dan politik yang kukuh.

 

Beliau memberikan kenyataan selepas perasmian program ‘Kembali ke Sekolah 2026′ bertempat di Kuarters KTMB Gunung Lang pada hari ini.

 

Hamzah berkata, didalam suasana politik semasa yang sering menilai kepimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad ianya bukanlah sekadar retorik atau janji manis.

 

“Sebagai Menteri Besar Perak, pendekatan beliau yang sederhana dan konsisten telah menghasilkan pencapaian begitu nyata dan ianya wajar diketahui oleh rakyat negeri ini.

 

“Melalui pengurusan yang kemas, keputusan berasaskan data telah mencapai kestabilan negeri dan hasilnya dapat diterjemahkan melalui lebihan belanjawan selama 4 tahun berturut-turut dengan RM85 juta surplus bagi tahun 2025,” ujarnya.

 

Beliau turut menambah, lebihan berterusan tersebut membuktikan Perak berada dalam kewangan yang sihat dan berupaya merancang pembanggunan pada masa hadapan tanpa bergantung berlebihan kepada pinjaman atau bantuan luar biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *