IKAN KEMBUNG 50 SEN HANYA DI BUKIT GANTANG

TAIPING – Sempena Hari Kebangsaan kali ke – 68 , Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang mengadakan program jualan murah dengan harga istimewa bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

 

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal hadir merasmikan pembukaan jualan bertempat di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Kampung Benggali pada Isnin.

 

Syed Hussin berkata, sebanyak 2 lokasi serentak telah diadakan jualan murah iaitu di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang dan di tapak pasar malam Sungai Kerang.

 

“Sebanyak 10 tan hasil laut segar antaranya seperti ikan kembung dengan harga RM0.50 seekor, kerang RM5.00 sekilogram, sotong RM15.00 sekilogram, ayam segar RM8.00 seekor dan pelbagai jenis hasil laut dengan harga lebih murah dari pasaran.

 

“Saya mahu mereka merasai nikmat kemerdekaan bukan sahaja dengan sambutan, tetapi juga dengan kelegaan dalam kehidupan harian,” katanya kepada Perak Kini.

 

Beliau turut menambah, ini adalah hadiah istimewa untuk warga DUN Kuala Sepetang, DUN Changkat Jering dan DUN Trong sempena Hari Kebangsaan kali ke-68 pada tahun ini.

 

Salah seorang pengunjung Magashakty Krisnan, 37 , berkata, “Saya tidak akan melepaskan peluang membeli beras disini kerana harga RM20.00 untuk 10 kilogram sepeket adalah yang termurah.

 

“Biasanya saya beli beras pada harga RM38.00 dan saya berharap supaya program sebegini dapat diteruskan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup,” ujar beliau.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *