collapse
Home / MASYARAKAT / LARIAN SUBUH MACAM JUMAAT SIMBOLIK PENGHIJRAHAN RASULULLAH

LARIAN SUBUH MACAM JUMAAT SIMBOLIK PENGHIJRAHAN RASULULLAH

28-Jun-2026  Mohd Azizi Abdul Latif  259 views
LARIAN SUBUH MACAM JUMAAT SIMBOLIK PENGHIJRAHAN RASULULLAH

IPOH - Persatuan Budak Bas Stand Ipoh (PBBSI) berkolaborasi bersama Masjid Paloh menganjurkan program Larian Subuh Macam Jumaat 2026 yang turut di selitkan dengan pengisian tazkirah serta solat subuh berjemaah.

Majlis pelepasan larian peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Paloh, Azizul Othman bertempat di Pintu Utama Masjid Paloh pada pagi ini.

IMG-20260628-WA0096
Turut mengiringi Presiden PBBSI, Amirrudin Mohd Daud atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Anjang.

Amirrudin berkata, program larian pada hari ini merupakan kerjasama bersama pengurusan Masjid Paloh dan ianya adalah kali pertama diadakan di sini.

IMG-20260628-WA0094
"Seramai 120 peserta hadir dan berjaya menamatkan larian sejauh 3.6 kilometer melalui laluan yang di tetapkan di iringi pengiring keselamatan, unit ambulans serta anggota Polis Diraja Malaysia untuk memastikan keselamatan peserta larian terjamin.

"Syabas juga kepada Maahad Tahfiz Miftahul Jannah kerana menghantar peserta terbanyak iaitu seramai 40 orang pelajar bagi memeriahkan lagi acara larian pada kali ini," ujarnya.

IMG-20260628-WA0093
Beliau turut menambah, dengan sambutan dari para peserta serta kerjasama pihak masjid ada kemungkinan akan di teruskan pada masa akan datang.

"Dengan sambutan menggalakkan pastinya siri kedua dan ketiga akan dilaksanakan dengan jumlah peserta yang lebih ramai serta jarak yang lebih jauh selain kita dapat mengenali sejarah Masjid Paloh yang merupakan masjid batu tertua yang di bina pada tahun 1912 di bandar Ipoh," katanya.

IMG-20260628-WA0095
IMG-20260628-WA0088
IMG-20260628-WA0097
 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.