LEBIH 5000 MASYARAKAT SUNGAI BAYOR HADIR PROGRAM MOREH BERSAMA TOK MEZAH

SELAMA – Lebih 5000 masyarakat Selama dalam Parlimen Larut hadir ke Program Moreh di Dangau 2026 bersama Dato Seri Hamzah Zainudin sebagai tanda sokongan dan penghargaan di atas jasa serta pengorbanan beliau sebagai pemimpin masyarakat.

 

Program tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad bertempat di Dangau Kepala Titi pada malam Ahad.

 

Penduduk kampung serta ahli-ahli pimpinan masyarakat yang hadir turut memeriahkan lagi program moreh yang telah diadakan.

 

Pelbagai juadah istimewa telah disediakan diantaranya kerang bakar, ketam, siput, kepah serta pelbagai aneka kuih-muih, masakan bermasak serta minuman disediakan untuk tetamu yang hadir.

 

Acara yang paling dinantikan adalah pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang disampaikan oleh YB Hamzah Zainuddin sempena menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *