MAJLIS KEBUDAYAAN PERAK ANJUR REWANG MOREH RAMADAN DAN BUBUR LAMBUK WARISAN NEGARA 2026

KAMPAR – Sebanyak 61 agensi kerajaan dan swasta bergabung tenaga menjayakan program ‘Rewang Moreh Ramadan dan Bubur Lambuk Warisan Negara 2026′ yang julung kali diadakan disini.

 

Program tersebut telah diluncurkan oleh Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Azman Dato’ Seri Yeop Junior bertempat di Masjid As-Syuhada pada pagi ini.

 

Turut hadir Timbalan Yang Di Pertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Azmi Ismail serta ketua-ketua jabatan, agensi serta tetamu jemputan.

 

Azmi menyatakan didalam ucapannya, program ini merupakan satu inisiatif bagi menghidupkan kembali aktiviti memasak bubur lambuk secara rewang, iaitu satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang menekankan nilai kerjasama, perpaduan dan semangat muafakat.

 

Bubur lambuk sememangnya sinonim pada bulan Ramadan dan telah menjadi warisan budaya masyarakat di Malaysia secara amnya.

 

Tradisi memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai bukan sahaja dapat diteruskan, malah ianya dapat memperkenalkan nilai warisan kepada generasi muda.

 

Selain itu, program sebegini turut menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli persatuan, rakan kerjasama serta masyarakat setempat.

 

Melalui aktiviti memasak, penyediaan dan pengagihan bubur lambuk diharap ianya dapat menyemarakkan lagi suasana Ramadan serta memupuk semangat berkongsi rezeki dan kebajikan dalam komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *