MAJLIS KESYUKURAN INFAQ JUMAAT BERSAMA PENGASAS DSH HOTEL TAIPING PERDANA

TAIPING – DSH Hotel Taiping Perdana ( DSHHTP ) merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak secara stratergik di tengah-tengah pusat komersial, kewangan dan hiburan bandar Taiping.
Majlis kesyukuran Infaq Jumaat sempena pengambilalihan pengurusan DSHHTP telah diluncurkan oleh Pengasas DSHHTP, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bertempat di Cafe Intan Suri pada pagi ini.
Syed Hussin berkata, pada setiap hari Jumaat pihak DSHHTP akan mengadakan Infaq Jumaat serta memberi peluang merasai sendiri pengalaman makan di hotel.
” Untuk setiap hari Jumaat dianggarkan sebanyak 300 pax akan disediakan untuk tetamu menjamu selera secara percuma terutamanya kepada golongan B40.
” Pihak DSHHTP juga akan menjemput pelajar sekolah termasuk guru, jabatan – jabatan, surau serta masjid secara berperingkat agar semua golongan dapat menikmati makan di hotel sempena Infaq Jumaat yang dilaksanakan,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Hotel ini juga turut dilengkapi dengan sebuah dewan ballroom, lima bilik serbaguna, pusat perniagaan, kolam renang tertutup serta menawarkan pemandangan terus ke Bukit Larut.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai DSHHTP boleh melayari laman sesawang di www.taipingperdana.com.my






