MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AWAL BENCANA LIONS CLUB KEPADA APM PERAK

IPOH – Sebanyak 12 cawangan Lions Club yang dimulakan oleh Lions Club of Perak Silver State telah menyumbang pelbagai keperluan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak .

 

Ini adalah langkah persediaan awal untuk memberikan bantuan bencana yang diperlukan kepada mangsa terjejas akibat banjir musim tengkujuh di Perak.

 

Majlis penyerahan sumbangan telah dirasmikan oleh Pengarah APM Perak, Kol.(PA) Rohaizat Hadli bertempat di Ibu Pejabat APM Perak, Wisma SSI pada Khamis petang.

 

Turut mengiringi Timbalan Pengarah APM Negeri Perak, Lt. Kol. (PA) Mohammad Azwani Kusnin, Gabenor Daerah 308B2 Lions Club, Tan Say Cheong, Pengerusi Jawatankuasa Kehormat, Mej. Bersekutu (PA) Hudson Hah dan Pengerusi Wilayah 5 Lions Club, Dr. Richard Ng serta tetamu jemputan.

 

Richard Ng berkata, ini merupakan pelan tindakan proaktif bagi memastikan mangsa diberi bantuan terutamanya di kawasan Zon Merah yang tidak boleh diakses oleh orang ramai.

 

“Antara sumbangan yang disampaikan antaranya air mineral, set penjagaan kebersihan termasuklah tuala mandi, sabun, berus gigi dan ubat gigi serta makanan kering yang sedia untuk dimakan seperti biskut.

 

“Saya amat berpuas hati diatas sokongan 12 cawangan Lions Club yang turut berkolaborasi bersama APM untuk menjayakan program sebegini,” ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Beliau turut menambah, diharap sumbangan bantuan awal bencana ini dapat membantu mangsa terjejas terutamanya yang melibatkan kejadian banjir pada waktu malam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *