MAPIM: SIAPA DONALD TRUMP NAK UGUT NEGARA-NEGARA PBB?

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meledak marah terhadap bekas Presiden AS, Donald Trump, yang dilapor melobi negara-negara PBB agar boikot sidang berkaitan Palestin!
MAPIM menyifatkan tindakan Trump sebagai “biadab, tidak sah, dan satu bentuk ugutan politik imperialis”. Apa hak Trump – seorang bekas pemimpin, bukan wakil rasmi – untuk ganggu urusan diplomatik dunia?
> “Ini satu usaha untuk tutup suara dunia terhadap jenayah kemanusiaan Israel,” tegas Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.
MAPIM TUNTUT MALAYSIA BERTINDAK TEGAS! Malaysia digesa untuk: ✅ Kecam secara rasmi tindakan Trump.
✅ Seru negara Islam & Global South hadir ke persidangan PBB.
✅ Bawa isu ini ke OIC, NAM & ASEAN.
✅ Perkukuh suara pro-Palestin di PBB.
> “Kalau diam, maknanya kita bersubahat,” jelas MAPIM.
Mesej jelas dari MAPIM:
💥 “Keadilan mesti ditegakkan, walau berdepan kuasa besar.” 💥
Orang ramai dan dunia diseru bangkit menentang tekanan politik Amerika yang mahu membungkam suara perjuangan rakyat Palestin!

