MBI EDAR 500 BENDERA MALAYSIA DI ZON 9 SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KALI KE-68

IPOH – Menjelang sambutan hari kemerdekaan kali ke-68 yang bakal tiba, Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) telah melancarkan penyerahan bendera Malaysia kepada warga bandaraya Ipoh.

 

Majlis serahan Jalur Gemilang telah diluncurkan oleh Ahli Majlis MBI Zon 9, Clr Muhammad Hamzah Md Hamdan mewakili Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah bertempat di Masjid Al Aulia pada pagi ini.

 

Turut mengiringi, Pengarah Perpaduan Negeri Perak, Mansor Mohd Hashim, Pengerusi Masjid Al Aulia, Ghazali Mohd Nasir serta pemimpin komuniti tempatan.

 

Didalam ucapannya Hamzah berkata, penyerahan bendera Malaysia pada hari ini disasarkan kepada penduduk sekitar kawasan Kepayang dan Gunung Lang yang berada di Zon 9.

 

” Sebanyak 500 helai bendera Malaysia telah diserahkan kepada wakil pemimpin komuniti tempatan untuk menyemarakkan lagi kehangatan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

 

” Antara taman terlibat di Zon 9 adalah Taman Suria, Taman Che Wan, Desa Lang Indah, Kepayang, Jalan Lang, Tembok, Taman Hock Aun dan Anderson Area,” ujar beliau .

 

Beliau turut menambah agar anak-anak muda memupuk semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *