MBI tambah saluran pembayaran parkir UTC Perak melalui kad debit, kad kredit

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Orang awam yang tempat letak kereta Pasar Ayam Amanjaya dan Basement (Parkir bawah tanah) Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak boleh membuat pembayaran caj tempat letak kereta menggunakan kad debit atau kad kredit mulai 21 Ogos lalu.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan hari ini orang awam hanya perlu mengimbas kad debit atau kad kredit (pay Wave) pada yang disediakan pada setiap tiang laluan keluar di kedua-dua tempat parkir berkenaan.

“Selain itu, orang awam juga boleh memasukkan kad debit atau kad kredit (nombor pin) pada reader tersebut,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, penambahan saluran bayaran ini dapat memberi kepelbagaian kaedah bayaran kepada orang awam yang menggunakan kemudahan tempat letak kereta di kawasan tersebut dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

“Kemudahan ini juga dibuat dengan harapan orang awam dapat menyesuaikan diri dengan membayar caj tempat letak kereta melalui pembayaran tanpa tunai (cashless),” katanya.

#PerakKini #MBI #pembayarantanpatunai #cashless #UTCPerak #PasarAyamAmanjaya #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *