MK AMBULANCE LANCAR AMBULANS MOTOSIKAL PERTAMA DI PERAK.

30 November, IPOH – MK Ambulance buat julung kalinya melancarkan ambulans bermotosikal pertama di Perak sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Penggerak Balas Pertamanya.

 

Usaha tersebut adalah komitmen MK Ambulance dalam menyampaikan bantuan perubatan sebagai penyelamat nyawa yang lebih cepat dimasa kecemasan.

 

Ambulans bermotosikal memainkan peranan penting untuk tingkatkan waktu bertindak, memberikan penjagaan segera terutama kawasan kesesakan lalu-lintas sementara ambulans konvensional tiba untuk membawa pesakit ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan hospital.

 

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Clr Datuk Mazlan Abdul Rahman bertempat di MK Ambulance, Fair Park , Ipoh.

 

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah MK Ambulance, Mohamad Mazhar Abdul Khadir serta Siti Hazwanisah Noordin, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pengarah Socso, Mohanadas Veraya, CEO Pantai Hospital Ipoh, Yow Huai Mim, GM Hospital Ar Ridzuan, Umaisalmah Nawawi, CEO Hospital Seri Botani, Dr. Eric Yeon Kok Ming serta Head of Industrial Linkage Department(ILD), Dr. Muhammad Zaki Ramli.

 

Menurut Mohamad Mazhar , “Tujuan MK Ambulance melaksanakan ambulans bermotosikal adalah untuk mempercepatkan proses bantuan awal sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal sementara bantuan ambulans konvensional tiba dikawasan kemalangan.

 

” Buat masa ini pihak kami menyediakan dua unit ambulans bermotosikal dan insyaAllah akan ditambah lagi pada masa hadapan”, ujar beliau kepada pemberita.

 

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *