MAJLIS PENYERAHAN KIT PERMULAAN PERNIAGAAN 2024
9 September, IPOH – Pelancaran majlis penyerahan kit permulaan perniagaan kepada peserta Proper A kursus gunting rambut lelaki dan wanita 2024 telah berlansung dengan jayanya.
Majlis penyerahan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) , Rohizan Omar pada petang isnin.
Turut mengiringi beliau adalah Pengurus Akademi D’ Alam, Rosziah Mohd Zainudin, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf MAIPk, Noraizad Rosli, Ketua Unit Pembangunan Usahawan MARA Perak, Mohammad Nor Zaim Mohd Nor Aidin, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP), Norlia Mohd Yusof serta Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Perak (PERKESO) Mohammad Faiz.
Acara majlis tersebut diadakan bertempat di Conference Hall 2,Hotel Weil,Ipoh dengan kehadiran sekitar 60 tetamu termasuk peserta kursus.
Menurut Rosziah Mohd Zainudin berkata, “Seramai 30 peserta terdiri dari 14 lelaki dan 16 wanita dari kategori asnaf akan menerima kit permulaan perniagaan gunting rambut.
” Tahniah diucapkan kepada setiap peserta Akademi D’ Alam yang telah berjaya memberikan komitmen sepenuhnya “, ujar beliau kepada pemberita.
Para peserta yang telah menerima kit permulaan perniagaan boleh memulakan perniagaan mereka.
Sesi bimbingan serta pemantauan dari Akademi D’ Alam adalah selama 4 bulan bermula pada 4 September sehingga 31 Januari 2025.
Disediakan oleh Azizi Latif